As-Syifa' UiTM

Pages

Saturday, 8 September 2012

Ingat Mati Vs. Takut Mati

Ada beza ke sentiasa ingat mati dengan takut mati?

Rasa-rasa kenapa Rasulullah kata orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa ingat mati? Dan kenapa Saidina Ali pesan,berkerjalah seperti kamu akan hidup seribu tahun dan beribadahlah seperti kamu akan mati esoknya. Ok jap, kita beralih kepada satu soalan yang lain,andaikata esok hari terakhir kita untuk hidup,apa yang akan kita buat hari ini?


Kalau boleh semua jenis solat sunat kita nak buat..

Biasa 1 bulan Ramadhan baru khatam Quran,ni satu hari je..

Minta maaf dengan semua orang sebab banyak mengumpat..

Dermakan harta untuk kebaikan supaya menjadi bekalan di akhirat sana..


Di atas antara jawapan-jawapan yang biasa kita dengar daripada orang Islam. Jahat mana pun dia, andai dia tahu esok dia akan mati,kebanyakannya akan berubah walau sehari sebab semua orang takut masuk neraka.

Menjawab kepada persoalan di atas ,Rasulullah tak kata orang yang paling bijak adalah orang yang takut mati tetapi orang yang sentiasa ingat mati. Sebabnya,hanya orang yang ingat mati sahaja sedar dia tidak punyai masa untuk beramal,jadi dia beramal dengan bersungguh-sungguh.

Katakan kita ada satu peperiksaan akhir,kalau kita  lulus, boleh sambung belajar dan kalau  gagal,kita akan repeat exam or year.. Apakah kita akan belajar dengan main-main atau serius? Kebiasaannya, kita akan berusaha bersungguh-sungguh supaya tidak gagal,begitulah juga dengan perihal mati ini.

Usah takutkan mati,semua orang akan mati,cuma bila kita mati,itu persoalannya. Mati itu ibarat peluru berpandu yang telah dilepaskan,bila nak jatuh di atas kampung kita,itu kita belum tahu. Jadi sementara menanti peluru berpandu itu letupkan kampung kita,selamatkan apa yang kita boleh selamat,usah berpeluk tubuh,terketar-ketar ketakutan kerana ianya tindakan yang sia-sia. (analogi keterlaluan ke?)

Mati ibarat peluru berpandu yang telah dilancarkan
P/S: Kartun kecek klate?(hihihi...maaflah kalau tak faham)

Friday, 7 September 2012

Kehebatan Rasulullah S.A.W : 2 Dalam 1


Pernah dengar hadis  4 susunan Imam Nawawi  ? Saya petik sedikit ....

Maka demi Allah yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya seseorang dari kamuitu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba -tiba dia telah didahului oleh tulisannya(takdirnya) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam api neraka.
Dan sesungguhnya seseorang dari kamu tetap akan beramal dengan sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya  cuma sehasta sahaja.Tiba-tiba dia didahului oleh tulisannya (*takdirnya) sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga , maka masuklah ia ke dalam syurga.

Mudahnya,hebat mana pun kita beramal,sampai boleh terbang sekalipun,kalau Allah dah tetap kita sebagai ahli neraka,at last kita akan masuk ke dalam neraka seperti kisah Basiso. Dan sejahat mana pun kita,sampai bunuh 100 orang sekalipun,kalau dah ketetapan kita akan enjoy dalam syurga,kita akan ke dalam syurga macam kisah seorang pencuri yang membunuh 100 orang. 

Habis tu,sia-sialah kita beramal selama ini? Sia-sialah kita solat fardu 5 kali sehari , baca al-Quran ,bangun malam solat 2 rakaat dan ingatkan orang buat kebaikan, ? Dan untunglah kawan kita yang tak solat , jahat , etc.

Setelah  mencari penerangan hadis ini,ramai orang  saya tanya, akhirnya seorang kawan menceritakan sebab hadis ini diturunkan dan bagaimana keadaan ketika Rasulullah membaca hadis ini. Hadis ini dibacakan selepas ada sekelompok sahabat yang baru kembali kepada Islam dan di samping Rasulullah,ada juga sahabat-sahabat yang dah lama beriman seperti Abu Bakar r.a. dan lain-lain.

Dengan 1 hadis ini,Rasulullah mampu mengingatkan muallaf jangan berputus asa untuk beramal, belum terlambat untuk masuk syurga Allah walaupun dah berumur 80 tahun.

Dan dengan hadis yang sama,Rasulullah mengingatkan sahabat yang lain supaya jangan selesa dengan amalan-amalan yang telah dibuat,boleh jadi kita adalah ahli neraka.

Hebat kan Rasulullah?

Dalam 1 hadis mampu mengingatkan 2 jenis golongan yang lain sifatnya,lama dan baru.