Pernah dengar hadis 4 susunan Imam Nawawi ? Saya petik sedikit ....
Maka demi Allah yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya seseorang dari kamuitu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba -tiba dia telah didahului oleh tulisannya(takdirnya) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam api neraka.
Dan sesungguhnya seseorang dari kamu tetap akan beramal dengan sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja.Tiba-tiba dia didahului oleh tulisannya (*takdirnya) sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga , maka masuklah ia ke dalam syurga.
Mudahnya,hebat mana pun kita beramal,sampai boleh terbang sekalipun,kalau Allah dah tetap kita sebagai ahli neraka,at last kita akan masuk ke dalam neraka seperti kisah Basiso. Dan sejahat mana pun kita,sampai bunuh 100 orang sekalipun,kalau dah ketetapan kita akan enjoy dalam syurga,kita akan ke dalam syurga macam kisah seorang pencuri yang membunuh 100 orang.
Habis tu,sia-sialah kita beramal selama ini? Sia-sialah kita solat fardu 5 kali sehari , baca al-Quran ,bangun malam solat 2 rakaat dan ingatkan orang buat kebaikan, ? Dan untunglah kawan kita yang tak solat , jahat , etc.
Setelah mencari penerangan hadis ini,ramai orang saya tanya, akhirnya seorang kawan menceritakan sebab hadis ini diturunkan dan bagaimana keadaan ketika Rasulullah membaca hadis ini. Hadis ini dibacakan selepas ada sekelompok sahabat yang baru kembali kepada Islam dan di samping Rasulullah,ada juga sahabat-sahabat yang dah lama beriman seperti Abu Bakar r.a. dan lain-lain.
Dengan 1 hadis ini,Rasulullah mampu mengingatkan muallaf jangan berputus asa untuk beramal, belum terlambat untuk masuk syurga Allah walaupun dah berumur 80 tahun.
Dan dengan hadis yang sama,Rasulullah mengingatkan sahabat yang lain supaya jangan selesa dengan amalan-amalan yang telah dibuat,boleh jadi kita adalah ahli neraka.
Hebat kan Rasulullah?
Dalam 1 hadis mampu mengingatkan 2 jenis golongan yang lain sifatnya,lama dan baru.
No comments:
Post a Comment