As-Syifa' UiTM

Pages

Monday, 27 August 2012

:: Pemenang Pertandingan Mencipta Puisi Bulan Ramadhan ::

Bismillah...
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala 'ali muhammad..

Assalamua'alaikum warahmatullah..

Jom kita hayati puisi-puisi ciptaan sahabat kita yang telah menang pada bulan Ramadhan yang lalu. Enjoy!

TEMPAT PERTAMA
Nukilan: Sukma Haidar Bt. Mohd Nasir (Year 4)
Tajuk: Untukmu Ramadhan

Bismillah, dengan nama Allah
Lafaz kumulai dengan memuji penciptamu
Kerna tanpaNYA, dikau tiada mungkin di sini
Dan aku juga tiada bisa berdiri

Sejauh mana kurindui habibullah, Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam
Sejauh itu juga kerinduanku padamu
Kerna di sebalik tubuh gagah sang pencinta ummah
Di situ terletaknya sunnah untuk mencinta dan merinduimu

Dikau hadir atas arahan Yang Maha Esa
Membawa sejuta rahmat untuk ‘abdi yang terleka
Maka untuk apa harus aku mengada?

Universitas tarbiyah
Dikau saji buat insan lemah seperti ku
Penuh pengajaran dan pengijazahan
Buat bekalan di mahsyar kelak
Oh dikau, penghulu segala bulan
Awalmu rahmat,
Dalammu maghfirah,
Dan akhirmu ‘itqun minannar
Akan pantas jejak ini berlari,
Dan terus berlari mengejar ketiga-tiga Annur kurniaan Ilahi ini

Di sebalik fasamu, turunnya Al-Quran
Di sebalik fasamu, misterinya Lailatul Qadar
Dan di sebalik semua itu, akan ku terus tegar mengejarmu
Mengejar apa di dalammu
Dan mengejar cinta Sang Pencipta Yang Maha Mencipta dirimu yang serba indah.

Allah..
Kau pertemukan daku dengan si dia,
Bukan sekali, tapi berkali-kali

Allah..Si dia teristimewa
Buatku, dan buat seluruh hambaMu
Maka, jangan sisihkan kami
Pertemukanlah kami dengan si dia lagi..

Ramadhan..
Untukmu nukilan ini tercipta.

Allahu’alam


TEMPAT KEDUA
Nukilan: Aida Madiha (Year 4)
Tajuk: Ramadhan, Roh Yang Dinanti


Hadirmu dulu ibarat angin petang
Menghembus dingin melepasi wajah namun kubiarkan
Tak aku cuba menutup mata merasa nikmat hadirmu
Tak pula aku cuba membuka mata seluasnya mencari hikmah anugerahmu

Kini..
Sejuta kesyukuran aku panjatkan
Mata hati telah Kau buka seluas-luasnya
Untuk aku melihat rahmat disebalik kurniaan
Dan andai waktu itu mampu aku putarkan
Tak akan aku lepaskan walau sedetik pun darimu Ramdhan
Bulan rahmat yang hadirnya hanya untuk yang menghargai

Syukur pada mu Ar-Rab membuat aku mengerti
Ramadhan itu bukan lagi menahan lapar dan dahaga semata
Bukan sibuknya bazaar dan pasar
Bukan juga meriahnya juadah berbuka
Bukan juga pesta merai Syawal yang bakal menjelma
Namun hadirmu
Untuk membersihkan noda hati
Untuk menguji cinta hamba yang sejati
Untuk menjadi inspirasi pengabdian diri
Untuk mentarbiah nafsu dan cinta duniawi
Hadirmu sebagai hadiah yang dinanti
dan Lailatul Qadar mejadi hadiah tertinggi

Dan andai ramadhan ini terakhir bagiku
Kuharap hadirmu tak kusia-siakan walau sedetik
Kerana kini ku mengerti
Roh Ramadhan itu tidak terletak di tempat dan masa
Namun rohnya bertanda dihati.. 

TEMPAT KETIGA
Nukilan: Nor Aini binti Mohamad (Year 5)
Tajuk: Ahlan wa sahlan, Ya Ramadhan


Ya Ramadhan,
Syaaban telah meninggalkanmu,
Berlalu pergi membekaskan kesan,
Yang patutnya makin dalam,
Setibanya engkau ya Ramadhan.

Ya Syawal,
mengapa umat ini terlalu menginginkanmu,
Hebatnya dirimu kerana kakakmu Ramadhan,
Tanpa Ramadhan masakan engkau dinanti,
Tanpa Ramadhan masakan manusia menjadi hamba abdi.

Ya ukhti, ya akhi,
Depakan tanganmu dakaplah sekuatnya,
Roh Ramadhan yang telah datang,
Sangat sempurna dengan rahmatNya,
Sangat suci untuk menyucikan dosamu,
Sangat damai untuk melepaskanmu dari azabNya.

Ya ummi, ya abi,
Didiklah generasimu masa kini,
Menjadi muslim berjiwa rabbani,
Merindu menanti kehadiran Ramadhan,
Merasai nikmat dalam mengabdi diri,
PadaMu ya Rabbi.


Ahlan wasahlan ya Ramadhan,
Kumerindu kebebasan ini,
Jauh dari musuh utamaku,
Kumenanti kemerduan alunan al-quran,
Kumengharap pertemuan 1000 bulan,
Meskipun setahun hanya sebulan,
Semoga datangmu meninggalkan kesan,
Pada jiwa umat akhir zaman.

Nota kaki: Tahniah kepada pemenang-pemenang! Kami yakin di luar sana masih ramai yang berbakat menulis coretan-coretan yang lebih indah. Jadi, jangan sembunyikan kemampuan dan bakat anda! Serlahkan ia, dan pancarkan ia agar menjadi nadi dakwah untuk anda semua..Selamat beramal..\(^_^)/

Wallahu'alam



:: Pemenang Pertandingan Poster Bulan Ramadhan ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW..

Assalamu'alaikum warahmatullah ^__^

Wah2, mesti ramai yang ternanti-nanti macam mana la agaknya poster-poster yang menang hari tu kan? Mesti ramai yang tertanya-tanya, "Cantik ke poster dorang? Asal aku tak menang?"..hehe

Baiklah, kali ni team As-Syifa akan bawakan pemenang-pemenang tu (saje je kitorang post lambat-lambat, kasi suspen sikit..=)

TEMPAT PERTAMA
Nukilan: Muhamad Taufiq Bin Othman (Year 3)





TEMPAT KEDUA
Nukilan: Nur Alyza Bin Haji Yusuf (Year 5)




TEMPAT KETIGA
Nukilan: Zulkifli Bin Ahmad Sabirin (Year 5)



Alhamdulillah..Tahniah kepada pemenang-pemenang..Yang kurang bernasib baik tu, insyaAllah boleh cuba lagi di pertandingan yang lain-lain ye..^_^

Wallahu'alam..

Tuesday, 21 August 2012

KOMIK: The BesT MusLiM


Assalamu'alaikum warahmatullah ^_^

Let us be the BEST MUSLIMS in this Syawal and for the rest of our life, insyaAllah!




~ Don't Forget


"Selamat hari raya..Hari untuk kita bersuka ria.."

Oops..bersuka ria? Hehe, boleh je..Islam kata 'OK je'...But, then still kena beringat-ingat la ye..Syariat jangan tinggal ^_^



Di sini kami nak cite sikit berkenaan beberapa common mistakes yang kita selalu lakukan time Hari Raya..SO, lepas baca ni 'DON'T FORGET' tau (in other words- tobat lepas ni aku tak buat dah)


1) Sentuhan 
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar
Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita
Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur
Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat
Kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh
Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. 
Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan ’chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Semoga kita semua meninggalkan Ramadhan kali ini dengan membawa ruhnya ke dalam bulan-bulan yang lain dan terus beristiqamah dengan amalan-amalan yang telah dilakukan pada bulan Ramadhan. InsyaAllah...^_^

~ Di Sebalik Syawal ~


Alhamdulillah..^_^

Ramadhan sudah berlalu..
Kini Syawal menjelang.. ;)
  
Tetapi..

Apabila Ramadhan ini berakhir..ujian kita bermula..
Apakah Ramadhan kali ini telah bertapak di dasar hati ataupun hanya seperti angin yang datang dan pergi??

Dr Yusuf Qardhawi dlm kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

1. Menguatkan jiwa

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai hawa nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda :"Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi." (Hadith Riwayat At-Tirmizi)

2. Mendidik keinginan ke arah kebaikan

3. Menyihatkan badan

4. Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur

Allah berfirman bermaksud :"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kami mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih." (Surah Ibrahim : 7)
  
5. Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.

Allah berfirman bermaksud :"Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka dengan zakat itu, kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(Surah At-Taubah : 1)

Analoginya..

Kita as medical students kena habiskan pengajian sebanyak 5 tahun. Itu tidak termasuk asasi/matrik stahun/2 tahun. Sepanjang pengajian ini, kita kena belajar betul-betul. Kita kena hadapi peperiksaan sebelum layak bergelar seorang doktor dengan ijazah MBBS.

Selepas tu, kita ada 2 tahun lagi latihan which is as Houseman Officer. Kalau dah lulus yang ni, baru lah kita dapat license untuk bergelar Medical Officer. Dan seterusnya....bla bla...

Sebab apa kita kena belajar? Sebab apa kita hadapi exam? dan sebab apa ada HO yang wajib kena buat?

Sebab sebagai persediaan diri kita sebelum betul-betul bergelar MO, specialist, etc.. Dimana masa tu, kita bukan lagi di bawah pemantauan siapa-siapa..

Begitulah juga dengan bulan Ramadhan ni..
Ramadhan juga adalah bulan untuk mdidik diri kita. Mengetahui potensi diri.
Dan mempersiapkan diri untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang..
Ramadhan; setiap tahun ada.. di mana setiap tahun ada ‘latihan’ untuk kita

Sudah bersediakah kita???

JADI...


Sempena Aidilfitri ini, apakah amalan2 yg kita boleh cuba amalkan?

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA:

Di bawah ini beberapa amalan sunnah yang diamalkan oleh nabi s.a.w. semasa hari raya Aidil Fitri dan di bulan Syawal,antaranya:

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidil Fitri.
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : “Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya Aidil Fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”
3) Memperbanyakkan Takbir  

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
Disebut dalam sebuah riwayat :Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5)Memakai pakaian terbaik yang ada:
Walaupun demikian,perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal.

6)Menukar jalan ke tempat solat(balik dan pergi)
Ia berdasarkan hadis.. 
Dari Jabir r.a. yang menyebut bahawa nabi s.a.w. biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya(Riwayat Bukhori)
7)Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi

8)Berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal
Hal ini berdasarkan hadis nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam sohihnya,kitab al-Shiyam,hadis ke 1164:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun"


Ya Allah, izinkan kami utk bertemu dgn Ramadhan lagi..
Dalam kelayakan diri utk persembahkn amalan suci...semata2 mharap redha-Mu Ya Ilahi Rabbi..
Selamat Hari Raya Idul Fitri..Taqabbalallahu minna wa minkum..
Mohon maaf zahir dan batin..

“Eid.. A day of Happiness, Joy & Togetherness... EID MUBARAK” ^_^

Semoga perjumpaan dengan Idul Fitr ini, kita mendapat dua kebahagiaan,iaitu bahagia ketika berbuka dan bahagia ketika berjumpa kelak dengan Allah.

Taqobbalallahu minna wa minkum (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian).

Amin 



CERPEN: Fitnah Ramadhan

LAGI 1 jam waktu berbuka akan tiba. Saat itu, penuntut-penuntut ilmu fakulti perubatan sebuah universiti ternama di Malaysia masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Ada yang melayari internet, ada yang mencuci pakaian, dan ada yang sudah ketiduran keletihan selepas seharian melayani pesakit-pesakit di wad. Di sebalik sebuah bangunan gah yang dihuni lebih 200 orang pelajar perubatan, terpancar satu nur dari satu sudut bangunan itu. Nur itu memancar terus menembusi langit, melepasi baitul ‘izzah, melalui luh mahfuz, lantas terus sampai ke Yang Maha Esa. Syazwan Daud. Nama itu menjadi bualan penduduk langit. Asbab pancaran nur dari bangunan itu adalah dari lantunan suara merdu milik Syazwan Daud. Jasad gagah yang disucikan dengan wudhu itu tekun meneliti bait-bait indah kalamullah sambil bibirnya lancar melontarkan setiap patah perkataan.
“Huuhh….” Suatu keluhan terdengar. Tapi, itu bukan milik Syazwan. Syazwan menghentikan bacaan tadarusnya seketika lantas menoleh ke arah keluhan tadi. Kelihatan di matanya sekujur tubuh kurus. Amsyar Ahmad. Teman sebiliknya sejak setahun yang lalu itu kelihatan letih sekali. Dengan labcoat masih tersarung di badan, tie masih di leher dan beg di sebelah lengannya, Amsyar kelihatan amat tidak bermaya.

            “Kau kenapa ni Amsyar? Letih semacam je aku tengok. Masuk bilik bukan nak bagi salam ke ape, ni masuk-masuk je terus mengeluh. Apehal?” Syazwan memuakan bicara. Sedikit berseloroh dengan temannya itu. Amsyar yang tadi terbaring lesu kini bangun menghadap Syazwan.
“Kau tau tak Wan? Hari ni aku kelas dari pagi sampai petang. Pagi-pagi dah ada lecture. Habis lecture sambung seminar. Right after that, ada bedside teaching. Sampai petang plak tu. Otak aku ni dah terlebih tepu kau tahu,” Amsyar meluahkan segala di dadanya. Mukanya tampak sedikit merah menahan geram. Syazwan tekun mendengar.
“Nak-nak plak doktor yang ajar aku tadi semua non-muslim. Yang aku memang tak boleh tahan, boleh plak doktor tu macam tak tahu je yang kitorang ni puasa, letih. Agak-agak la nak buat kelas non-stop pun” Amsyar terus mengomel.
            “Laa, standard la tu. Dah nama doktor, mestilah dia nak ajar kita sungguh-sungguh. Kau patut bersyukur tau. Berapa banyak doktor non-muslim yang nak ajar muslim macam kita ni?” Syazwan berkata.
            “Ye, yang tu aku tahu. Tapi agak-agak la. Dah obvious gile kot kitorang penat, sampai semua soalan yang dia tanya, kitorang tak jawab. Last-last, bleh plak dia tanya ‘do you all tired already’?”
            “Pastu korang jawab apa,?”
            “Apa lagi? Kitorang jawab ‘YES’ la. Dah terang tang-tang kot kitorang tadi hypoglycemia,”

Syazwan tersenyum mendengar omelan Amsyar. Dia menutup Al-Quran yang dipegangnya tadi. Perlahan-lahan Syazwan mengubah posisi kedudukannya bersebelahan dengan Amsyar. Amsyar hanya memandang sambil mengangkat keningnya
            “Ko nape tiba-tiba duk sebelah aku ni?” Amsyar bertanya. Syazwan tergelak kecil sambil tangannya menepuk-nepuk belakang sahabatnya.
            “Am.. Kau pernah dengar Perang Badar?” tanya Syazwan. Amsyar mengangguk laju.
            “Kau tahu sirah dan ibrah di sebalik Perang Badar?” tanya Syazwan lagi. Kali ini Amsyar menggaru-garu kepalanya.
            “Tahu sikit-sikit kot. Tapi, nape kau tiba-tiba tanya ni?” balas Amsyar sambil tersenyum.
Syazwan memandang wajah sahabatnya, tepat mengenai anak mata. Mata itu mengharapkan sesuatu. Dan, Amsyar tidak mengerti.
            “Am, aku pasti kau tahu perang Badar itu berlaku pada bulan Ramadhan kan?” tanya Syazwan. Amsyar hanya mengangguk. Kini, mata Syazwan sudah mula kalih ke tempat lain. Tajam renungannya, menembusi konkrit-konkrit kosong di hadapannya. Amsyar hanya diam, menunggu patah seterusnya yang bakal keluar dari bibir sang pencinta rasul.
            “Masa perang tu, umat islam tak ramai. 313 sahaja. Nak dibandingkan dengan tentera musuh yang melebihi ribuan orang, kita pasti fikir tentera islam akan kalah. Tambah lagi dengan keadaan di tanah arab yang kering kontang, panas, berpasir, dan tanpa pohon-pohon hijau yang meneduhkan, memang sangat sulit keadaan masa tu kan?” Syazwan lancar bercerita sirah. Dia terdiam sekejap, meneguk air liur. Amsyar juga begitu, tetap membatu di sisi teman sebiliknya. Syazwan menyambung,
            “Dan waktu itu bulan Ramadhan, umat islam sudah di syariatkan untuk berpuasa. Bermakna, rasulullah dan sahabat-sahabat baginda berperang dalam keadaan dahaga,  lapar, dan penat. Betul tak Am?” Amsyar mengangguk kecil.
            “Tapi, cuba kau fikir dan ingat balik sirah. Ada tak antara sahabat-sahabat ataupun Rasulullah sendri mengeluh dengan apa yang mereka lalui. Ada tak Saidina Ali cakap ‘Rasullullah, aku puasa hari ni. Penat, tak larat la nak angkat pedang. Aku postpone perang yang seterusnya la’..ada tak Saidina Ali cakp macam tu? Atau pun sahabat-sahabat yang lain cakap ‘Hari ni kan puasa Rasulullah. Kitorang dahaga, lapar, tak cukup tenaga. Mana boleh perang’..Ada ke mereka cakap macam tu?” tanya Syazwan. Amsyar tergelak kecil dengan diolog buatan Syazwan, dan dia menggeleng kepalanya.
            “Hurm, tengok. Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda tak pernah mengeluh walaupun di suruh berjihad di bulan Ramadhan. Sebab apa? Sebab mereka faham apa yang ada di sebalik Ramadhan. Ya, memang bulan Ramadhan itu bulan yang dahaga dan lapar tapi itu tak bermaksud ia boleh melemahkan kita. Yang sebenarnya, puasa di bulan Ramadhan itu lebih menguatkan kita, fizikal dan lebih-lebih lagi rohani. Atas asbab keyakinan inilah, Perang Badar menjadi milik Islam. Sebab dengan berpuasa di bulan Ramadhan, pahlawan-pahlawan Islam menjadi makin kuat. Dan yang utamanya, pertolongan Allah itu yang memenangkan mereka,” panjang lebar Syazwan menerangkan. Amsyar hanya mengangguk.
            “Betul2..Tapi, kan Wan..Kenapa ko cite kat aku semua ni?” Amsyar bertanya. Syazwan memandang wajah sahabatnya sekali lagi.
            “Kau tak nampak ke’similarity’an di situ, Am?” tanya Syazwan. Amsyar menggeleng kepalanya.
            “Arasso..Di sebabkan dah nak berbuka, aku clarify terus ngan kau. Aku cuma nak highlight kan keadaan perang badar dengan kondisi kau hari ni. Ok, aku repeat and ringkaskan balik apa yang kau bagitau aku tadi. So, hari ni kau punya class full giler2, dengan lecturer yang non-muslim tak reti-reti nak stop ngajar, tambah dengan kondisi kau yang puasa, penat, letih and dahaga. Itu cerita kau hari ni, kan? So, untuk keadaan ni, aku boleh bagitahu kau satu je. Apa yang kau buat tu boleh menjadi fitnah buat Ramadhan. Fitnah ramadhan!,” Amsyar terkejut dengan kenyataan Syazwan.
            “Eh, ko jangan Wan. Sampai fitnah-fitnah ni,” tergagap-gagap Amsyar berkata. Takut.
            “Betul apa yang aku cakap ni. Baik, aku ulang ye apa yang aku cakap tadi, masa aku cite sal perang badar. ‘Puasa tak melemahkan umat islam, tapi menguatkan lagi kita’. Jadi, as a muslim kita kena buktikan dan tunjukkan pada orang lain especially yang non-muslim bahawasanya dengan berpuasa, kita jadi makin kuat. So, nak kaitkan dengan kes kau hari ni. Lecturer kau non-muslim, kau plak puasa hari ni tapi lemah, tak bermaya. Tak ke bila lecturer kau nampak kau macam tu, dia akan fikir yang puasa menjadikan kau lemah. Tak gitu Am?” Amsyar kelihatan berfikir. Tidak memberi respons akan pertanyaan Syazwan. Syazwan lalu menyambung,
            “So, bila lecturer kau dah start fikir macam tu, bermakna kau memberikan perspsi yang salah tentang puasa di bulan Ramadhan. So, akhirnya jadilah ia satu fitnah buat Ramadhan. Nampak tak apa yang aku nak sampaikan Am?” Amsyar kelihatan berkerut-kerut. Dia meraup janggutnya.
            “Erm..a’ah la Wan. Macam mana aku tak terfikir macam tu ye?” akhirnya Amsyar mengakui. Syazwan tersenyum kecil.
            “So, lepas ni kena sentiasa kuat la ye mendengar celoteh doktor-doktor yang mengajar. Buktikan yang kita ni muslim boy yang kuat..haha,” gurau Syazwan.
            “Haha..muslim boy pun boleh..insyaAllah, aku cuba,”
            “Eh, bukan AKU cuba tapi KITA cuba..Sama-sama la, Am..Aih, takkan kau sorang je nak saham?”
Amsyar tergelak kecil.
            “Ye..InsyaAllah kita sama-sama cuba. By the way, syukran Wan sebab sedarkan aku tadi. Kalau tak, sia-sia aku puasa hari ni,” Amsyar berkata sambil memeluk bahu Syazwan. Syazwan hanya mengangguk perlahan dan senyum.

7:30 petang. Azan maghrib berkumandang di bangunan itu. Mengundang para malaikat turun ke bumi memungut doa-doa para hamba yang inginkan kerahmatan dari Allah Yang Maha Kaya. Saat itu juga, satu kekeliruan tentang Ramadhan diperjelaskan oleh seorang saudara kepada saudaranya yang lain. Tanpa merek sedar, kekeliruan itu membawa mereka ke peringkat yang lebih tinggi di sisi Ilahi. Dan yang mereka pasti, tahun yang akan datang, tiada lagi fitnah Ramadhan. InsyaAllah. Sama-sama usaha.