As-Syifa' UiTM

Pages

Tuesday, 21 August 2012

CERPEN: Fitnah Ramadhan

LAGI 1 jam waktu berbuka akan tiba. Saat itu, penuntut-penuntut ilmu fakulti perubatan sebuah universiti ternama di Malaysia masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Ada yang melayari internet, ada yang mencuci pakaian, dan ada yang sudah ketiduran keletihan selepas seharian melayani pesakit-pesakit di wad. Di sebalik sebuah bangunan gah yang dihuni lebih 200 orang pelajar perubatan, terpancar satu nur dari satu sudut bangunan itu. Nur itu memancar terus menembusi langit, melepasi baitul ‘izzah, melalui luh mahfuz, lantas terus sampai ke Yang Maha Esa. Syazwan Daud. Nama itu menjadi bualan penduduk langit. Asbab pancaran nur dari bangunan itu adalah dari lantunan suara merdu milik Syazwan Daud. Jasad gagah yang disucikan dengan wudhu itu tekun meneliti bait-bait indah kalamullah sambil bibirnya lancar melontarkan setiap patah perkataan.
“Huuhh….” Suatu keluhan terdengar. Tapi, itu bukan milik Syazwan. Syazwan menghentikan bacaan tadarusnya seketika lantas menoleh ke arah keluhan tadi. Kelihatan di matanya sekujur tubuh kurus. Amsyar Ahmad. Teman sebiliknya sejak setahun yang lalu itu kelihatan letih sekali. Dengan labcoat masih tersarung di badan, tie masih di leher dan beg di sebelah lengannya, Amsyar kelihatan amat tidak bermaya.

            “Kau kenapa ni Amsyar? Letih semacam je aku tengok. Masuk bilik bukan nak bagi salam ke ape, ni masuk-masuk je terus mengeluh. Apehal?” Syazwan memuakan bicara. Sedikit berseloroh dengan temannya itu. Amsyar yang tadi terbaring lesu kini bangun menghadap Syazwan.
“Kau tau tak Wan? Hari ni aku kelas dari pagi sampai petang. Pagi-pagi dah ada lecture. Habis lecture sambung seminar. Right after that, ada bedside teaching. Sampai petang plak tu. Otak aku ni dah terlebih tepu kau tahu,” Amsyar meluahkan segala di dadanya. Mukanya tampak sedikit merah menahan geram. Syazwan tekun mendengar.
“Nak-nak plak doktor yang ajar aku tadi semua non-muslim. Yang aku memang tak boleh tahan, boleh plak doktor tu macam tak tahu je yang kitorang ni puasa, letih. Agak-agak la nak buat kelas non-stop pun” Amsyar terus mengomel.
            “Laa, standard la tu. Dah nama doktor, mestilah dia nak ajar kita sungguh-sungguh. Kau patut bersyukur tau. Berapa banyak doktor non-muslim yang nak ajar muslim macam kita ni?” Syazwan berkata.
            “Ye, yang tu aku tahu. Tapi agak-agak la. Dah obvious gile kot kitorang penat, sampai semua soalan yang dia tanya, kitorang tak jawab. Last-last, bleh plak dia tanya ‘do you all tired already’?”
            “Pastu korang jawab apa,?”
            “Apa lagi? Kitorang jawab ‘YES’ la. Dah terang tang-tang kot kitorang tadi hypoglycemia,”

Syazwan tersenyum mendengar omelan Amsyar. Dia menutup Al-Quran yang dipegangnya tadi. Perlahan-lahan Syazwan mengubah posisi kedudukannya bersebelahan dengan Amsyar. Amsyar hanya memandang sambil mengangkat keningnya
            “Ko nape tiba-tiba duk sebelah aku ni?” Amsyar bertanya. Syazwan tergelak kecil sambil tangannya menepuk-nepuk belakang sahabatnya.
            “Am.. Kau pernah dengar Perang Badar?” tanya Syazwan. Amsyar mengangguk laju.
            “Kau tahu sirah dan ibrah di sebalik Perang Badar?” tanya Syazwan lagi. Kali ini Amsyar menggaru-garu kepalanya.
            “Tahu sikit-sikit kot. Tapi, nape kau tiba-tiba tanya ni?” balas Amsyar sambil tersenyum.
Syazwan memandang wajah sahabatnya, tepat mengenai anak mata. Mata itu mengharapkan sesuatu. Dan, Amsyar tidak mengerti.
            “Am, aku pasti kau tahu perang Badar itu berlaku pada bulan Ramadhan kan?” tanya Syazwan. Amsyar hanya mengangguk. Kini, mata Syazwan sudah mula kalih ke tempat lain. Tajam renungannya, menembusi konkrit-konkrit kosong di hadapannya. Amsyar hanya diam, menunggu patah seterusnya yang bakal keluar dari bibir sang pencinta rasul.
            “Masa perang tu, umat islam tak ramai. 313 sahaja. Nak dibandingkan dengan tentera musuh yang melebihi ribuan orang, kita pasti fikir tentera islam akan kalah. Tambah lagi dengan keadaan di tanah arab yang kering kontang, panas, berpasir, dan tanpa pohon-pohon hijau yang meneduhkan, memang sangat sulit keadaan masa tu kan?” Syazwan lancar bercerita sirah. Dia terdiam sekejap, meneguk air liur. Amsyar juga begitu, tetap membatu di sisi teman sebiliknya. Syazwan menyambung,
            “Dan waktu itu bulan Ramadhan, umat islam sudah di syariatkan untuk berpuasa. Bermakna, rasulullah dan sahabat-sahabat baginda berperang dalam keadaan dahaga,  lapar, dan penat. Betul tak Am?” Amsyar mengangguk kecil.
            “Tapi, cuba kau fikir dan ingat balik sirah. Ada tak antara sahabat-sahabat ataupun Rasulullah sendri mengeluh dengan apa yang mereka lalui. Ada tak Saidina Ali cakap ‘Rasullullah, aku puasa hari ni. Penat, tak larat la nak angkat pedang. Aku postpone perang yang seterusnya la’..ada tak Saidina Ali cakp macam tu? Atau pun sahabat-sahabat yang lain cakap ‘Hari ni kan puasa Rasulullah. Kitorang dahaga, lapar, tak cukup tenaga. Mana boleh perang’..Ada ke mereka cakap macam tu?” tanya Syazwan. Amsyar tergelak kecil dengan diolog buatan Syazwan, dan dia menggeleng kepalanya.
            “Hurm, tengok. Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda tak pernah mengeluh walaupun di suruh berjihad di bulan Ramadhan. Sebab apa? Sebab mereka faham apa yang ada di sebalik Ramadhan. Ya, memang bulan Ramadhan itu bulan yang dahaga dan lapar tapi itu tak bermaksud ia boleh melemahkan kita. Yang sebenarnya, puasa di bulan Ramadhan itu lebih menguatkan kita, fizikal dan lebih-lebih lagi rohani. Atas asbab keyakinan inilah, Perang Badar menjadi milik Islam. Sebab dengan berpuasa di bulan Ramadhan, pahlawan-pahlawan Islam menjadi makin kuat. Dan yang utamanya, pertolongan Allah itu yang memenangkan mereka,” panjang lebar Syazwan menerangkan. Amsyar hanya mengangguk.
            “Betul2..Tapi, kan Wan..Kenapa ko cite kat aku semua ni?” Amsyar bertanya. Syazwan memandang wajah sahabatnya sekali lagi.
            “Kau tak nampak ke’similarity’an di situ, Am?” tanya Syazwan. Amsyar menggeleng kepalanya.
            “Arasso..Di sebabkan dah nak berbuka, aku clarify terus ngan kau. Aku cuma nak highlight kan keadaan perang badar dengan kondisi kau hari ni. Ok, aku repeat and ringkaskan balik apa yang kau bagitau aku tadi. So, hari ni kau punya class full giler2, dengan lecturer yang non-muslim tak reti-reti nak stop ngajar, tambah dengan kondisi kau yang puasa, penat, letih and dahaga. Itu cerita kau hari ni, kan? So, untuk keadaan ni, aku boleh bagitahu kau satu je. Apa yang kau buat tu boleh menjadi fitnah buat Ramadhan. Fitnah ramadhan!,” Amsyar terkejut dengan kenyataan Syazwan.
            “Eh, ko jangan Wan. Sampai fitnah-fitnah ni,” tergagap-gagap Amsyar berkata. Takut.
            “Betul apa yang aku cakap ni. Baik, aku ulang ye apa yang aku cakap tadi, masa aku cite sal perang badar. ‘Puasa tak melemahkan umat islam, tapi menguatkan lagi kita’. Jadi, as a muslim kita kena buktikan dan tunjukkan pada orang lain especially yang non-muslim bahawasanya dengan berpuasa, kita jadi makin kuat. So, nak kaitkan dengan kes kau hari ni. Lecturer kau non-muslim, kau plak puasa hari ni tapi lemah, tak bermaya. Tak ke bila lecturer kau nampak kau macam tu, dia akan fikir yang puasa menjadikan kau lemah. Tak gitu Am?” Amsyar kelihatan berfikir. Tidak memberi respons akan pertanyaan Syazwan. Syazwan lalu menyambung,
            “So, bila lecturer kau dah start fikir macam tu, bermakna kau memberikan perspsi yang salah tentang puasa di bulan Ramadhan. So, akhirnya jadilah ia satu fitnah buat Ramadhan. Nampak tak apa yang aku nak sampaikan Am?” Amsyar kelihatan berkerut-kerut. Dia meraup janggutnya.
            “Erm..a’ah la Wan. Macam mana aku tak terfikir macam tu ye?” akhirnya Amsyar mengakui. Syazwan tersenyum kecil.
            “So, lepas ni kena sentiasa kuat la ye mendengar celoteh doktor-doktor yang mengajar. Buktikan yang kita ni muslim boy yang kuat..haha,” gurau Syazwan.
            “Haha..muslim boy pun boleh..insyaAllah, aku cuba,”
            “Eh, bukan AKU cuba tapi KITA cuba..Sama-sama la, Am..Aih, takkan kau sorang je nak saham?”
Amsyar tergelak kecil.
            “Ye..InsyaAllah kita sama-sama cuba. By the way, syukran Wan sebab sedarkan aku tadi. Kalau tak, sia-sia aku puasa hari ni,” Amsyar berkata sambil memeluk bahu Syazwan. Syazwan hanya mengangguk perlahan dan senyum.

7:30 petang. Azan maghrib berkumandang di bangunan itu. Mengundang para malaikat turun ke bumi memungut doa-doa para hamba yang inginkan kerahmatan dari Allah Yang Maha Kaya. Saat itu juga, satu kekeliruan tentang Ramadhan diperjelaskan oleh seorang saudara kepada saudaranya yang lain. Tanpa merek sedar, kekeliruan itu membawa mereka ke peringkat yang lebih tinggi di sisi Ilahi. Dan yang mereka pasti, tahun yang akan datang, tiada lagi fitnah Ramadhan. InsyaAllah. Sama-sama usaha.

No comments:

Post a Comment