Alhamdulillah..^_^
Ramadhan sudah berlalu..
Kini Syawal menjelang.. ;)
Tetapi..
Apabila Ramadhan ini berakhir..ujian kita bermula..
Apakah Ramadhan kali ini telah bertapak di dasar
hati ataupun hanya seperti angin yang datang dan pergi??
Dr Yusuf Qardhawi dlm kitabnya al-Ibadah Fil Islam
mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan
kenikmatan dalam ibadat ini.
1. Menguatkan jiwa
Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai hawa
nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat
tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga
segala doanya dimakbulkan Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda :"Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi." (Hadith Riwayat At-Tirmizi)
2. Mendidik keinginan ke arah kebaikan
3. Menyihatkan badan
4. Mengenal nilai kenikmatan
dan bersyukur
Allah berfirman bermaksud :"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kami mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih." (Surah Ibrahim : 7)
5. Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.
Allah berfirman bermaksud :"Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka dengan zakat itu, kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(Surah At-Taubah : 1)
Analoginya..
Kita as medical students kena habiskan pengajian sebanyak
5 tahun. Itu tidak termasuk asasi/matrik stahun/2 tahun. Sepanjang pengajian
ini, kita kena belajar betul-betul. Kita kena hadapi peperiksaan sebelum layak
bergelar seorang doktor dengan ijazah MBBS.
Selepas tu, kita ada 2 tahun lagi latihan which
is as Houseman Officer. Kalau dah lulus yang ni, baru lah kita dapat license untuk
bergelar Medical Officer. Dan seterusnya....bla bla...
Sebab apa kita kena belajar? Sebab apa kita hadapi
exam? dan sebab apa ada HO yang wajib kena buat?
Sebab sebagai persediaan diri kita sebelum betul-betul
bergelar MO, specialist, etc.. Dimana masa tu, kita bukan lagi di bawah
pemantauan siapa-siapa..
Begitulah juga dengan bulan Ramadhan ni..
Ramadhan juga adalah bulan untuk mdidik diri kita.
Mengetahui potensi diri.
Dan mempersiapkan diri untuk menghadapi 11 bulan yang
akan datang..
Ramadhan; setiap tahun ada.. di mana setiap tahun
ada ‘latihan’ untuk kita
Sudah bersediakah kita???
JADI...
Sempena Aidilfitri ini,
apakah amalan2 yg kita boleh cuba amalkan?
RINGKASAN AMALAN DI
HARI RAYA:
Di bawah ini beberapa
amalan sunnah yang diamalkan oleh nabi s.a.w. semasa hari raya Aidil Fitri dan
di bulan Syawal,antaranya:
1) Mandi sunat hari
raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidil Fitri.
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : “Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.
2) Menjamah makanan
sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya Aidil Fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”
3) Memperbanyakkan
Takbir
4) Mengucapkan selamat
dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk
menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama.
Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah
“Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan
dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
Disebut dalam sebuah riwayat :Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5)Memakai pakaian
terbaik yang ada:
Walaupun
demikian,perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.Tidak
dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal.
6)Menukar jalan ke
tempat solat(balik dan pergi)
Ia berdasarkan hadis..
Dari Jabir r.a. yang menyebut bahawa nabi s.a.w. biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya(Riwayat Bukhori)
7)Berziarah dan
merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi
8)Berpuasa sunat selama
enam hari di bulan Syawal
Hal ini berdasarkan hadis nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam sohihnya,kitab
al-Shiyam,hadis ke 1164:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun"
Ya Allah, izinkan kami
utk bertemu dgn Ramadhan lagi..
Dalam kelayakan diri utk
persembahkn amalan suci...semata2 mharap redha-Mu Ya Ilahi Rabbi..
Selamat Hari Raya Idul
Fitri..Taqabbalallahu minna wa minkum..
Mohon maaf zahir dan
batin..
“Eid.. A day of
Happiness, Joy & Togetherness... EID MUBARAK” ^_^
Semoga perjumpaan
dengan Idul Fitr ini, kita mendapat dua kebahagiaan,iaitu bahagia ketika
berbuka dan bahagia ketika berjumpa kelak dengan Allah.
Taqobbalallahu minna wa
minkum (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian).
No comments:
Post a Comment