“Usrah adalah seperti mencangkul tanah. Pada zahirnya mereka nampak kita sedang mencangkul tanah, tapi mereka tidak tahu yang kita sedang MEMBINA BATAS. Begitu juga usrah, mereka nampak kita berhimpun, berbincang tetapi mereka tidak tahu yang kita sedang MEMBINA SEMULA ISLAM di dalam hati- hati kita”
Kampus Selayang, 19 November 2012 – ‘Hijrah’ begitulah tema bagi perbincangan dalam Usrah gabungan
(UG) yang kali kedua telah dijalankan semalam.Program ini merupakan salah satu
program bulanan yang dilaksanakan oleh lajnah tarbiah, EMI , MESTA yang
dikhususkan kepada semua pelajar perubatan khususnya yang bertempat di Kampus
Selayang meliputi tahun 4 dan juga tahun 5.
UG ini
dilihat sebagai salah satu pentas latihan bagi pelajar-pelajar perubatan di
mana di dalam UG , pelajar-pelajar sendiri yang akan membentangkan setiap
komponen-komponennya yang terdiri
daripada tilawah al-quran,tadabbur ayat,tazkirah,akhbar islami , bedah buku dan
diakhiri dengan slot musykilah.
Antara
objektif yang ingin dicapai dalam pelaksanaan UG adalah untuk memberi ruang
kepada pelajar-pelajar dalam berkongsi dan juga menambahkan ilmu pengetahuan
agama sesama sendiri selain mengeratkan lagi tali silaturrahim antara
pelajar-pelajar perubatan meliputi muslimin dan juga muslimat.Jika di dalam
kelas kita membina ‘soft skill’ dari
sudut ilmu perubatan melalui seminar
dan juga bedside , UG merupakan
medium bagi kita membina ‘soft skill’ dalam menyampaikan ilmu pengetahuan islam.
UG 2 – sebahagian pelajar
muslimat yang hadir
Majlis diteruskan lagi dengan slot tazkirah
yang dikupas dengan cantik dan juga sarat dengan pengisian tentang ibrah yang
boleh diambil daripada peristiwa hijrah.Penyampai tazkirah juga menyatakan betapa
pentingnya peranan sahabat dalam menjayakan misi dakwah ketika mengupas tentang
kisah pengorbanan Saidina Abu Bakar dan juga Saidina Ali dalam peristiwa hijrah
dan mengharapkan kita juga mencontohi mereka dalam kita menjalankan misi
dakwah.
UG 2- pelajar muslimin yang
‘cute’ bilangannya.
Majlis
menjadi hangat di slot yang terakhir iaitu “slot Musykilah” di mana slot ini
merupakan slot perkongsian dari pelajar-pelajar yang menghadiri UG tersebut
bagi menceritakan apa sahaja pemasalahan atau perkongsian pengetahuan kepada
rakan-rakan yang lain.Masih lagi dalam mengingatkan kita tentang penghijrahan,saudari
Umairah Mokhtar, yang merupakan timbalan presiden ,MESTA, berkongsi tentang
permasalahan pelajar pergigian UITM , yang kala ini terpaksa menyewa rumah di
luar akibat dari krisis tidak mendapat penempatan kolej yang menyebabkan mereka
melalui pelbagai halangan bahkan menggoyahkan juga keselamatan diri mereka.
Kata saudari Umairah ‘’Jika kita masih mengeluh
kerana kenaikan harga yuran kolej ,jika dibandingkan dengan mereka (pelajar
pergigian) , kita seharusnya berhijrah menjadi orang yang lebih bersyukur
kerana sekurang-kurangnya pihak fakulti masih lagi memberikan kita penempatan
kolej”
Ajk
pelaksana mengajak dan menjemput semua pelajar untuk sama-sama memeriahkan
majlis UG yang akan datang.Kemungkinan masih ramai lagi yang tidak tahu tentang
kewujudan UG yang merupakan untuk semua pelajar perubatan di kampus selayang.
Kami akan pertingkatkan dari sudut hebahan selepas ini.
“We
are not medical students but we are future muslim doctors”