Jom ramai kita cuba belajar
dan revised kembali hukum hukum tajwid yang kadangkala kita terlepas pandang
atau terlupa untuk mengamalkannya ketika membaca al Quran..
“Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambaNya membaca al-Quran secara tepat
sebagaimana ia diturunkan”.
HUKUM NUN
SAKINAH & TANWIN
1 ) IZHAR HALQI
Bahasa : Menyatakan, menerangkan
sesuatu.
Istilah :Mengeluarkan sebutan setiap huruf
dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Halqi kerana
enam hurufnya keluar dari kerongkong.
Huruf-hurufnya : Hamzah( أ ), Ha'( هـ),
'Ain( ع ), Ha'( ح ), Ghain( غ )dan Kha'( خ ).
ن @ أ غ ح خ ع ه
Hukum bacaan:
jelas dan nyata
Bacaan mestilah jelas dan terang
- ü An haa ra
2 ) IKHFA’ HAKIKI
Bahasa : Tersembunyi.
Istilah : Membaca huruf yang
sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa
sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama. Ia dinamakan Haqiqi ialah untuk
menghasilkan Ikhfa' di dalam dan Tanwin
dengan lebih banyak selain dari kedua -duanya.
Huruf Ikhfa' terdiri dari lima
belas huruf yang terhimpun
ن @ ستجز صذق فثك ضطظ شذ
Hukum bacaan: Dengung
Apabila nun mati bertemu qaf,
sembunyikan huruf qaf dan mendatangkannya selepas nun mati berdengung.
ü
Minn(dengung
2 harakat) qab li him
X min qqab li him (dibaca jelas @ tanpa
dengung)
3-IQLAB
Bahasa: Menukarkan sesuatu kepada
sesuatu.
Istilah : Menukarkan bunyi Nun
Sukun (ن ) dan
Tanwin kepada bunyi huruf Mim lalu
diikhfa'kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba' yang berbaris serta
dikekalkan sifat dengung.
ن @ ب
Nun mati bertemu
Ba.Tukarkan dari huruf nun kepada Mim
ü Mimm(dengung 2 harakat) ba’di him
X Minn ba’di him
IDGHAM
Bahasa: Memasukkan sesuatu ke
dalam sesuatu.
Istilah : Memasukkan huruf
pertama yang bertanda Sukun ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta
terangkat lidah ketika menyebutnya.
Idgham ini terbahagi kepada dua bahagian:-
·
Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung)
·
Idgham Bila Ghunnah (memasukkan tanpa dengung).
Idgham tidak akan terhasil
kecuali dari dua kalimah
4-IDGHAM BIGHUNNAH
Huruf-huruf nya : ي ﻣ و ن ( Ya', Nun, Mim dan Wau.)
Apabila salah satu dari hurufnya bertemu dengan
Nun Sukun atau Nun Tanwin dengan syarat di
dalam dua kalimah, ia mestilah dibaca secara Idgham Bighunnah atau Ma'al
Ghunnah
Hukum bacaan:memasukkan dengan Dengung
Memasukkan antara ba bertanwin
dan ya sambil dengung
ü Hisaabaainn
yasiira
X Hisaabay yasiira
X Hisaaban yasiira
5-IDGHAM BILA GHUNNAH
Huruf-hurufnya ; ر ل (Ra' dan Lam.)
Apabila salah satu dari dua huruf tersebut
bertemu dengan Nun Sukun atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan
Idgham Bila Ghunnah
Hukum bacaan:memasukkan Tanpa
Dengung
ü Numakkil lakum (masukkan huruf lam tanpa dengung)
X Numakkin lakum
P/S : Bacaan ayat dlm BM tu contoh saja untuk buat anda lebih faham...Nak kompemkan cara bacaan anda tu betul atau tak , tanyalah orang yg lebih tahu ...eg: cikgu atau kawan anda..
No comments:
Post a Comment