As-Syifa' UiTM

Pages

Tuesday, 20 November 2012

USRAH GABUNGAN 2: Hijrah



 

“Usrah adalah seperti mencangkul tanah. Pada zahirnya mereka nampak kita sedang mencangkul tanah, tapi mereka tidak tahu yang kita sedang MEMBINA BATAS. Begitu juga usrah, mereka nampak kita berhimpun, berbincang tetapi mereka tidak tahu yang kita sedang MEMBINA SEMULA ISLAM di dalam hati- hati kita”

Kampus Selayang, 19 November 2012 – ‘Hijrah’ begitulah tema bagi perbincangan dalam Usrah gabungan (UG) yang kali kedua telah dijalankan semalam.Program ini merupakan salah satu program bulanan yang dilaksanakan oleh lajnah tarbiah, EMI , MESTA yang dikhususkan kepada semua pelajar perubatan khususnya yang bertempat di Kampus Selayang meliputi tahun 4 dan juga tahun 5.
UG ini dilihat sebagai salah satu pentas latihan bagi pelajar-pelajar perubatan di mana di dalam UG , pelajar-pelajar sendiri yang akan membentangkan setiap komponen-komponennya  yang terdiri daripada tilawah al-quran,tadabbur ayat,tazkirah,akhbar islami , bedah buku dan diakhiri dengan slot musykilah.
Antara objektif yang ingin dicapai dalam pelaksanaan UG adalah untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar dalam berkongsi dan juga menambahkan ilmu pengetahuan agama sesama sendiri selain mengeratkan lagi tali silaturrahim antara pelajar-pelajar perubatan meliputi muslimin dan juga muslimat.Jika di dalam kelas kita membina ‘soft skill’ dari sudut ilmu perubatan melalui seminar dan juga bedside , UG merupakan medium bagi kita membina ‘soft skill’  dalam menyampaikan ilmu pengetahuan islam.
UG 2 – sebahagian pelajar muslimat yang hadir
Majlis dimulakan dengan tilawah al-quran diikuti dengan tadabbur ayat dari surah al-Baqarah( ayat 217-218). ‘‘hijrah di zaman rasulullah saw adalah kerana penindasan pada islam , hijrah di zaman kita adalah hijrah dalam memperbaiki diri menjadi yang lebih baik”, kata pentadabbur ayat  sebagai penekanan pada ayat yang terakhir.
 Majlis diteruskan lagi dengan slot tazkirah yang dikupas dengan cantik dan juga sarat dengan pengisian tentang ibrah yang boleh diambil daripada peristiwa hijrah.Penyampai tazkirah juga menyatakan betapa pentingnya peranan sahabat dalam menjayakan misi dakwah ketika mengupas tentang kisah pengorbanan Saidina Abu Bakar dan juga Saidina Ali dalam peristiwa hijrah dan mengharapkan kita juga mencontohi mereka dalam kita menjalankan misi dakwah.
UG 2- pelajar muslimin yang ‘cute’ bilangannya.
Saudara Hafizuddin , pelajar tahun 5 mengajak semua yang hadir memberi penumpuan pada hijrah dari sudut pemikiran . “Apa yang berlaku kepada mereka di Jordan , Mesir , demontrasi , revolusi dan pelbagai lagi bukan kerana mereka ingin menukar pemerintah mereka  tetapi kerana penghijrahan pada pemikiran mereka”, Buku yang bertajuk ’10 haiwan misteri masuk syurga ‘menjadi pilihan pembedah buku untuk kali ini yang menceritakan kisah 10 haiwan yang akan di masukkan ke syurga.



Majlis menjadi hangat di slot yang terakhir iaitu “slot Musykilah” di mana slot ini merupakan slot perkongsian dari pelajar-pelajar yang menghadiri UG tersebut bagi menceritakan apa sahaja pemasalahan atau perkongsian pengetahuan kepada rakan-rakan yang lain.Masih lagi dalam mengingatkan kita tentang penghijrahan,saudari Umairah Mokhtar, yang merupakan timbalan presiden ,MESTA, berkongsi tentang permasalahan pelajar pergigian UITM , yang kala ini terpaksa menyewa rumah di luar akibat dari krisis tidak mendapat penempatan kolej yang menyebabkan mereka melalui pelbagai halangan bahkan menggoyahkan juga keselamatan diri mereka. Kata saudari Umairah ‘’Jika kita masih mengeluh kerana kenaikan harga yuran kolej ,jika dibandingkan dengan mereka (pelajar pergigian) , kita seharusnya berhijrah menjadi orang yang lebih bersyukur kerana sekurang-kurangnya pihak fakulti masih lagi memberikan kita penempatan kolej”
Ajk pelaksana mengajak dan menjemput semua pelajar untuk sama-sama memeriahkan majlis UG yang akan datang.Kemungkinan masih ramai lagi yang tidak tahu tentang kewujudan UG yang merupakan untuk semua pelajar perubatan di kampus selayang. Kami akan pertingkatkan dari sudut hebahan selepas ini.
“We are not medical students but we are future muslim doctors


 
 

No comments:

Post a Comment